Kerajaan PUSAT tak ada DUIT, Guna Duit KWSP untuk biayai pinjaman

AJK PAS Pusat, Hj Anuar Tahir berkata cadangan Kerajaan BN untuk menggunakan dana KWSP bagi memberi pinjaman mudah kepada pembeli rumah kos rendah bukan sahaja bakal menjejaskan keuntungan tabung persaraan itu, malah membuktikan kerajaan ketandusan dana bagi membiayai projek-projek membabitkan keperluan rakyat.

Kita menyokong cadangan kerajaan untuk melaksanakan bantuan kepada rakyat untuk membina rumah kos rendah tetapi dana yang digunakan mestilah dana kerajaan bukannya dana KWSP iaitu wang hasil titik peluh golongan pekerja. Wang ini mereka simpan semata-mata untuk menjamin hari tua selepas mereka pencen.

Sebagai pencarum dalam skim KWSP kita mesti mengajar kerajaan yang sentiasa menjadikan wang KWSP sebagai mangsa bila kerajaan ketiadaan wang. Kita ada kuasa satu undi masing-masing. Jadi kita gunakan undi kita untuk mengajar kerajaan BN yang pelahap menggunakan wang KWSP dan wang rakyat untuk kepentingan mereka walaupun atas nama projek untuk rakyat.

Kerajaan seharusnya mencari dana lain bagi menjalankan program ini kerana dikhuatiri program akan menyebabkan keuntungan dana KWSP menguncup kalau pun tidak hilang terus akibat peminjam tidak membayar pinjaman perumahan kos rendah ini nanti.

Comments