Regim Zionis yang menjadi negeri asal APCO kemungkinan besar akan menyerang Iran dalam masa terdekat. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Leon Panetta percaya bahawa ada "kemungkinan yang besar" Israel akan menyerang lokasi nuklear Iran menjelang musim panas ini, demikian menurut Washington Post dalam ruangan editorial disiarkan baru-baru ini
Bagaimanapun, apabila wartawan yang mengiringinya ke Brussles bertanya mengenai pendapat ruangan itu, Panetta enggan mengulas.
"Saya tidak akan mengulas perkara itu. David Ignatius boleh menulis apa yang beliau boleh tulis tetapi berkenaan apa yang saya fikir dan apa pendapat saya, saya menganggap ia sebagai sesuatu yang milik saya dan bukannya pihak lain," kata beliau dipetik AFP.
Regim Zionis yang sememangnya menjadi Pengganas dan Penyangak dunia Insya Allah akan diajar oleh Iran pada kali ini kerana kita semua tahu semangat dan kekentalan Presiden, Tentera dan rakyat Iran dalam mempertahankan Islam dan negara mereka. Lihat sahaja bagaimana hebatnya mereka mempertahankan program nuklear mereka sehingga kini mereka tidak berganjak dengan gertakan dan ugutan barat.
Comments