Chua vs Chua : Siapa CUAK

Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Chua Jui Meng mencabar Presiden MCA, Chua Soi Lek bertanding menentangnya pada PRU 13 nanti. Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA yang menyertai PKR pada 2008 berkata Soi Lek sudah pasti tidak berani bertanding di kawasan majoriti Cina kerana beliau sedar pengundi Cina sudah pasti menolak BN/MCA. Sebab itu menurutnya, kemungkinan Soi Lek akan mencari kerusi selamat iaitu di kawasan majoriti Melayu.
Jui Meng kemungkinan besar akan kembali bertanding di kawasan lamanya iaitu Muar. Apakah Soi Lek berani berdepan dengan bekas rakannya itu di Muar. Kalau Soi Lek anak jantan sudah tentu Soi Lek tidak kisah......tetapi kita yakin Soi Lek tidak akan mengambil risiko untuk berdepan dengan PKR/DAP di kawasan yang pengundi majoritinya adalah Melayu.

Untuk rekod Chua Soi Lek pernah menjadi Ahli Parlimen Segamat dan ADUN Johor sebelum ini. Beliau pernah menjadi Menteri Kesihatan sebelum meletakkan jawatan kerana 'berlakon' dalam video klip lucah.

Comments