Media hari ini melaporkan bahawa sejumlah dua juta orang Melayu daripada 3.7 juta individu yang layak mengundi masih belum mendaftar.
Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, 60 peratus daripada jumlah itu adalah mereka yang dibawah 40 tahun.
“Ramai orang Melayu tidak ambil berat mengenai perkara ini, mereka hanya tahu bercakap itu dan ini, tetapi tidak memikirkan akan kesan kepada masa depan bangsa dan negara susulan daripada sikap mereka itu.
“SPR telah melakukan pelbagai cara untuk mengingatkan tanggungjawab mereka sebagai rakyat di negara ini dan kita harap kerja ini turut dilakukan pihak lain,” katanya.
Menurut Wan Ahmad, cara yang paling efektif menarik kumpulan itu mendaftar adalah nasihat daripada ahli keluarga sendiri.
“Mereka yang belum mendaftar ini ada ahli keluarga terdekat, jadi ahli keluarga terutamanya ibu bapa perlu sentiasa mengingatkan anak-anak mereka untuk mendaftar sebagai pengundi,” katanya.
SPR memang sengaja tidak mahu semua rakyat menjadi pengundi. Mana mungkin dengan nasihat mereka ini akan pergi mendaftarkan diri sebagai pengundi. Kaedah terbaik ialah menjalankan pendaftaran secara automatik ...online data Jabatan Pendaftaran Negara dengan SPR. Yang peliknya mengapa SPR berdegil ..............apakah ada udang di sebalik MEE?
Comments