SAFEE SALI HARAM MAIN BOLA?

Malang bagi PENYERANG sensasi negara, Safee Sali yang menerima tempias dari pengharaman Liga Super Indonesia oleh FIFA. Beliau juga berstatus haram dan tidak boleh mewakili negara.


Beliau akan membuat satu pengumuman penting berhubung kariernya di Cilandak Square, Jakarta Selatan, pada pukul 11 pagi esok.

Menurut laman facebook rasmi beliau, Pengumuman tersebut akan merungkaikan segala spekulasi dan ramalan banyak pihak sejak kebelakangan ini.

Safee juga berkata bahawa keputusan dibuat setelah mengambil kira pelbagai aspek serta perbincangan yang panjang dengan beberapa pihak.

Kita mengharapkan FAM dapat membantu Safee demi karier bolasepak beliau dan masa depan negara.

Comments