Hassan Ali TUBUH PARTI BARU?

Blog ini mencadangkan Dr Hassan Ali menubuhkan parti baru bersama-sama dengan Ibrahim Ali, Nasharuddin Mat Isa, Abdullah Zaik dan lain-lain bagi merealisasikan perjuangan mereka yang katanya mendaulatkan Islam, menjunjung institusi Raja-Raja Melayu dan kedaulatan bangsa Melayu. Elok sangat perjuangan Dr Hassan Ali ini dipadankan dengan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali.

Jadi mana-mana pemimpin dalam Umno atau PAS yang tidak mahu tunduk kepada perjuangan parti masing-masing bersama-sama dengan Hassan dan Ibrahim Ali supaya masing-masing menggunakan kepala sendiri untuk memimpin parti bukannya menerima supaya kolektif oarti. Nanti kita lihat bagaimana parti yang dipimpin mereka caca  marba sebab masing-masing menegakkan keputusan sendiri.

Memang elok orang yang tidak boleh menerima keputusan parti menubuhkan parti sendiri dan biar diri memimpin partinya sendiri. ...............

Blog ini yakin Hassan Ali tidak sesuai bersama Umno kerana Umno seringkali meminggirkan Islam dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu. Jadi tidak sesuai bersama Umno ..........

Comments