Anwar ULANGI KOMITMEN TURUNKAN HARGA MINYAK DAN TARIF ELEKTRIK

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi komitmen Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan tarif elektrik andai PR diberi mandat mentadbir Malaysia selepas PRU 13 nanti.

"Kita akan turunkan harga minyak, hari ini kita menang PRU, esok kita turunkan harga minyak:"

"Kita juga akan menurunkan tarif elektrik sebulan selepas kita mentadbir Putrajaya" ujar Anwar pada ceramah perdana sempena konvensyen ketiga PR malam tadi di Alor Setar.

Anwar berkata PR akan membentuk sebuah kerajaan yang bersih telus dan adil bagi memBERSIHkan Malaysia dari kotoran yang dipelopori BN dari dahulu.

Turut berceramah bersama Anwar malam tadi ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ustaz Azizan dan lain-lain.

Comments

Anonymous said…
Tolonglah semua, tolong jngan korang dengar sangat Nuar Brahim tu, sebab tu lah aku fed-up bila PAS join depe. Sbb korang tak kenal dia dengan lebih dekat. Aduh tolonglah. Kalau korang nak tahu Tok Guru dah diberitahu pasal ni dulu, aku pernah cakap kat dia, kita ni PAS kukuh. Tak payah nak join Anwar dan DAP. Aku kekadang sedih bila segla kajian yang aku buat selama hampir du tahun dicampak kelongkang sahaja. Aku rasa kalau UMNO dapatlah kajian aku paling tidak dpt jugak aku duit kopi. Tapi aku bukan bangsat aku berjuang utk PAS, dululah, sekrang aku lebih tenang bebas dan tak payah mengundi.