ANWAR CABAR DEBAT : NAJIB SETUJU?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mencabar Perdana Menteri,  Haji Najib Razak supaya berdebat secara terbuka dengannya tentang dasar negara.

Perdebatan tersebut boleh diadakan pada bila-bila masa jika dipersetujui oleh Najib bagi memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai dasar negara ini.

Menurut Anwar, negara ini kini ternyata sedang berhadapan dengan sistem nilai dengan satunya dibawa oleh BN dan satu llagi yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sistem nilai yang dibawa oleh BN ternyata terarah kepada penindasan terhadap rakyat, manakala Pakatan Rakyat pula untuk membawa negara ini keluar dari dasar-dasar seperti itu.

Kini bola di kaki Haji Najib, beranikah beliau menyahut cabaran Anwar untuk berdebat. Kita yakin Najib tidak akan berani berdebat kerana beliau memang seorang yang penakut, Untuk hadir ke mahkamah pun takut inikan pula berdebat. Berdebat dengan Rosmah pun belum tentu Najib berani.

Ternyata Najib tidak berjiwa besar dan tidak berjiwa seorang negarawan seperi ayahandanya. Kita yakin ditanya 10 orang rakyat Malaysia belum tentu ada yang menjawab Najib berani, Besar kemungkinan semua 10 orang rakyat Malaysia akan menjawab Najib tidak akan berani menyahut cabaran Anwar untuk berdebat.

Najib sudah tentu terkial-kial untuk menjawab pelbagai persoalan besar tentan dasar negara antaranya kezaliman ISA, OSA, AUKU; dasar ekonomi yang gagal sehingga orang Melayu terus ketinggalan; dasar pemborosan kerajaan BN, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan wang seperti yang dilaporkan Ketua Audit negara dan sebagainya


Seperti yang ditulis oleh Wan Mohamad Wasif dalam harakahdaily bahawa menjelang Pilihanraya ke 13 (yang masih tidak diketahui bila tarikhnya akan berlangsung), saya yakin ramai di kalangan rakyat Malaysia yang menanti penuh debaran bila perdebatan antara Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Pembangkang Malaysia ini akan berlangsung.
Lihat sahaja debat bersejarah antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Shabery Chik; sekurang-kurangnya hasil perdebatan ini telah mampu memberikan cetusan untuk rakyat Malaysia berfikir tentang hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua tokoh-pendebat tersebut.
Sewajarnya rakyat Malaysia keseluruhannya mendesak agar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerima pelawaan debat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.
Inilah waktu terbaik untuk rakyat Malaysia membuktikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya sudah semakin matang, bersedia mendengar  terlebih dahulu pandangan-hujah dari pelbagai pihak, berfikiran rasional, adil dalam membuat apa jua keputusan dan menilai apa jua isu dengan penuh kebijaksanaan dan berdasarkan ilmu.
Bukan ingin mencari siapa yang bakal menjadi pemenang, pandai retorik-hujah, petah berkata-kata, hebat pidatonya; apa yang pastinya debat antara Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim  nanti boleh mencetuskan rakyat Malaysia agar berfikir, berfikir, dan terus berfikir, memanfaatkan aqal kurniaan tuhan....

Comments