.

.

18 December 2011

Halakan Meriam kepada musuh sebenar bukannya sesame sendiri

Sehari dua ini kita melihat media cuba melaga-lagakan pimpinan PAS.  2 orang pimpinan PAS berjawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dilihat mendapat tempat di media ialah Dr Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali pula memberikan komen yang keras kepada kedua-dua bekas Naib dan Timbalan Presiden PAS tersebut supaya tidak terperangkap dengan agenda musuh politik PAS iaitu Umno.

Semua orang tahu Umno sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan PAS walau dengan apa juga  cara samada secara professional, anak jantan, halal atau secara ‘curi ayam’, pondan dan haram. Apa yang penting bagi mereka perpaduan utuh dalam PAS cuba direntap.

Sebab itu kita mengharapkan semua pimpinan dan ahli PAS istiqamah dalam perjuangan tidak mudah terpedaya dengan provokasi dan perang saraf musuh. Jangan jadikan media sebagai medium untuk menyelesaikan masalah dalaman. Kadang-kadang kita tersalah cakap ketikan diprovok oleh media dalam Sidang Akhbar.

Pimpinan tertinggi mesti memanggil  pemimpin yang berkenaan jika ada sebarang masalah berbangkit. Kita mesti mendapatkan gambaran sebenar tentang apa juga isu yang berkaitan dengan mereka (jika ada) . Jangan kita takut untuk mendapatkan maklumat sebenarnya.

Kepada pemimpin yang berkaitan, kita mesti amanah dan sayangkan parti. Jangan kerana kita tidak lagi memegang  jawatan besar dalam parti kita bersedia memberikan ‘senjata’ kepada musuh. Jangan kerana kita tidak terpilih sebagai pemimpin kita mula merenggangkan diri dari jemaah. Sebagai pemimpin yang telah memegang amanah besar sebelum ini, kita mesti istiqamah dengan perjuangan. Jika kita sudah tidak sanggup bersama jemaah lagi jangan kita menikam jemaah. Selesaikan masalah yang kita hadapi dengan musyawwarah. Media bukan jalan penyelesaian tetapi ia mungkin menambah burukkan suasana dan ini yang  sangat diharapkan oleh musuh.

Musuh sentiasa mencari jalan untuk menyucuk jarum fitnah di dalam diri setiap ahli dan pemimpin…..ini semua kerja-kerja jahat musuh yang sentiasa mencari ruang untuk mencelah masuk ……….

‘Meriam’ kita sekarang, wajib  dihalakan kepada musuh bukannya dituju kepada sesame ahli …………

2 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter