GEMPAR : Baca Yasin kena MOHON PERMIT?


Apa nak jadi dengan 'negara Islam' Malaysia ini. Muslimat hendak mengadakan program bacaan yasin di kampung pun kena mohon permit. Nampak jelas kezaliman semakin ketara di saat kumpulan tertentu semakin terhakis pengaruhnya. 
Apakah negara ini akan menjadi lebih dahsyat dari Mesir, Libya dan Tunisia serta Iraq satu hari nanti yang menzalimi ulama dan pejuang-pejuang Islam.
Mengapa benci benar mereka kepada program-program Islam.....????
Harakahdaily melaporkan bahawa kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar, Pasir Mas hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran.
Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan.
Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar.
“Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan.
“Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama,” katanya di sini.
Menurutnya orang yang datang membawa surat itu meminta supaya memohon permit di Balai Polis seminggu sebelum program bacaan Yaasin diadakan.
“Apakah selepas ini orang ramai yang datang majlis tahlil atau membaca al Quran kepada orang yang sedang nazak pun kena mohon permit terlebih dahulu,” katanya kesal.
Mereka meluahkan rasa hairan program keagamaan pun cuba disekat sedangkan ia menjadi amalan bagi setiap orang Islam.
Sementara itu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tidak sepatutnya program keagamaan diganggu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam.
Menurutnya beliau curiga terhadap kehadiran orang terbabit di majlis bacaan Yassin muslimat kerana program keagaamaan tidak memerlukan permit polis.
”Pasukan peguam PAS akan menyiasat kes tersebut sama ada ia membabitkan pihak tertentu atau berlaku kes penyamaran bagi mengugut program anjuran muslimat,” ujarnya.

Comments

Anonymous said…
pemerintah yang takut pada bayang bayang lagi jahil , penjawat awam pulak dah di latih jadi macam 'anjing peliharaan' hentam saja bila diarah.. 'mind setting' lah katakan ..
so inilah hasilnya ... bukan sikit duit nak latih mereka tu..duit rakyat juga yang di gunakan... akhirnya ..rakyat juga jadi mangsa...
Anonymous said…
pemerintah yang takut pada bayang bayang lagi jahil , penjawat awam pulak dah di latih jadi macam 'anjing peliharaan' hentam saja bila diarah.. 'mind setting' lah katakan ..
so inilah hasilnya ... bukan sikit duit nak latih mereka tu..duit rakyat juga yang di gunakan... akhirnya ..rakyat juga jadi mangsa...
kampong lad said…
awat hangpa tak tau lagi ka yg islam dimalaysia ni hak mutlak umno. dia kata haram, haram lah walaupun benda/perbuatan kita tak haram, dan juga perbuatan depa yg haram, depa halal, maka halal lah. kuasa ada kat depa. benda2 ni telah berlaku dari dulu lagi, sedang berlaku dan akan pasti berlaku.....inilah dunia yg fana! kalau nak tengok seseorang itu baik, amanah, taqwa, beriman...bagi dia KUASA KUASA KUASA
Anonymous said…
patut tangkap orang tu, ikat dan humban ke tali air di sebelah tu.....
Anonymous said…
patut tangkap orang tu, ikat kemudian humban ke dalam tali air di sebelah tu.......!
Anonymous said…
Isu ini agak menarik kerana atas alasan apa diperlukan permit untuk mengadakan Majlis bacaan Surah Yaasin dan Tahlil? Adakah atas alasan undang2 tak boleh berhimpun? Adakah atas alasan majlis tersebut berbeza dari majlis sebelumnya? Agak menarik jika dihuraikan secara mendalam isu ini kerana tidak mustahil selepas ini pekara seperti ini akan berlaku di tempat lain pula. Allahualam.