PAS mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan bahawa tidak akan ada lagi sebarang halangan untuk menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 seperti yang berlaku pada 2008.
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, biarpun menyambut baik pengesahan SPR untuk menggunakan dakwat kekal itu, namun apa yang dibimbangi sejarah PRU ke-12 pada Mac 2008 lalu akan berulang.
"Kita alu-alukan ianya dilaksanakan. Cuma kita harap tidak ada lagi halangan seperti dakwat lewat sampai dan sebagainya.
"Kita juga nak kepastian berhubung dengan kualiti dakwat tersebut," katanya yang juga ahli parlimen Kuala Krai ketika dihubungi Harakahdaily.
Kita mengharapkan SPR tidak menipu lagi kali ini. Pada PRU 2008 dahulu, dakwat kekal seolah-olah akan digunakan tetapi pada saat-saat akhir ianya dibatalkan dengan alasan yang tidak konkrit dan melucukan.
Rakyat mahu semua parti politik khususnya Pakatan Rakyat dapat memastikan penggunaan dakwat kekal menjadi kenyataan bukannya sekadar manis dimulut tetapi pelaksanaannya tiada. Rakyat sebenarnya masih sangsi kepada SPR. Apakah SPR benar-benar ikhlas mahu melaksanakannya atau mereka akan mencari helah baru untuk tidak menggunakan dakwat kekal pada PRU 13 ini.
Pakatan Rakyat mesti mencari jalan untuk memastikan ianya benar-benar dilaksanakan. Mungkin pindaan peraturan pilihanraya mesti dibuat sebelum PRU 13 dan ianya hanya melibatkan pindaan kecil bukannya memerlukan pembentangan rang undang-undang di Parlimen. Semua ini mesti dikaji oleh PR. Jangan nanti pisang berbuah dua kali.

Comments