Aziz Bari MASUK POLITIK SERTAI PR?

Dari nada percakapan Aziz Bari sehari dua ini, ada kemungkinan beliau akan bertukar status dari seorang ahli akademik kepada seorang ahli politik. Kalau dulu beliau secara terang-terang menyatakan tidak minat berpolitik hari ini nadanya mula berubah. 


Pakar perlembagaan itu sehingga kini masih berkira-kira untuk menyertai politik apabila melihat peluangnya untuk kekal berkhidmat di universiti semakin tipis.

Aziz berkata, beliau sudah memikirkan sejak beberapa lama untuk meninggalkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), walau beliau telah berkhidmat lebih 22 tahun di kampus berkenaan.

Beliau turut mengukur tindakan yang dihadapinya daripada kampus berkenaan, semenjak dikenakan surat tunjuk sebab atas satukenyataan kontroversinya berhubung fungsi dan hak sultan sebagai ketua agama negeri.


Memang 'cantek' kalau Aziz masuk politik dan bertanding pada PRU 13 nanti mewakili PR kerana beliau sememangnya dari dahulu cenderung bersama PR. Kita yakin DAP, PKR dan PAS akan menerima dengan senang hati orang seperti Aziz Bari ini.

Komitmen beliau menegakkan kebenaran memang tidak dapat disangkal. Di saat ahli akademik lain menjadi kaki pengampu no 1 beliau tetap berdiri teguh bercakap apa yang beliau mahu cakap tanpa memikirkan kesan kepada beliau sendiir.

Comments

Anonymous said…
Sah...25 Dec 2011 Stadium Sabak Bernam menyaksikan Aziz Bari berceramah bersama-sama Pakatan Pembangkang.

Adakah Aziz masih pensyarah UIA dan seorang penjawat awam UUM boleh berpolitik?
Anonymous said…
tak kesah siapa pun masuk...pru13
akan tentukan..ha..ha..