Undang-undang Syariah : Laksanakan Referendum untuk tinjau hasrat rakyat

Saya sangat bersetuju dengan cadangan Prof Aziz Bari agar referendum dilaksanakan bagi meninjau kehendak rakyat terhadap pelaksanaan hukum syariah di dalam negara kita dan setiap negeri dalam Malaysia.


Sebagai contoh jika rakyat Kelantan majoritinya ingin undang-undang syariah antaranya hudud diljalankan di Kelantan maka segala kesulitan dan masalah berkaitan perlembagaan negara hendaklah dipinda bagi membolehkan kehendak rakyat ditunaikan.


KIta mesti menghormati kehendak dan hasrat rakyat yang sememangnya sudah tidak percaya lagi dengan undang-undang manusia yang gagal mengatasi masalah jenayah yang semakin berleluasa sekarang ini.


Tidak ada apa yang hendak ditakutkan kerana undang-undang syariah hanya dilaksanakan untuk orang islam sebagaimana yang ada sekarang. Orang bukan Islam boleh memilih samada ingin menuruti undang-undang Islam atau pun tidak. Namun bagi orang Islam mereka wajib patuh pada undang-undang Islam.


Aziz dalam wacana yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) semalam  mencadangkan agar satu referendum atau pungutan suara dilakukan untuk meninjau hasrat dan kehendak rakyat mengenai perlaksanaan hudud.

Beliau berkata jika referendum itu positif, kerajaan Pusat seharusnya membantu kerajaan negeri ke arah perlaksanaannya dengan bersungguh-sungguh.

Menurutnya undang-undang jenayah Islam boleh dilaksanakan di dalam kerangka perlembagaan dan lunas perundangan yang ada sekarang. 
Persoalannya ialah mahu atau tidak?.

Comments