Umno/BN akan RAMPAS KEL:ANTAN?

Apakah Umno akan berjaya merampas Kelantan dari PAS/PR pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.?

Setelah mereka mencuba beberapa kali bermula pada PRU 1995, PRU 1999, PRU 2004 dan PRU 2008 semuanya gagal kini Umno/BN mengatur strategi lain.

Bersilih ganti Umno menukar kapten bermula dengan Mustapha Mohamad, Annuar Musa, Tengku Razaleigh dan lain-lain pemimpin seperti Awang Adek semuanya gagal. Kini Mustapha Mohamad diberikan amanah sekali lagi menggalas tugas mencabar PAS/PR kali ini.

Sejak-sejak akhir-akhir ini golongan tua dalam Umno dilihat semakin tidak bermaya kerana sudah letih untuk berlawan dengan PAS. Kini pemerhati politik melihat Pemuda Umno bersungguh-sungguh untuk mengambilalih tugas menentang PAS.


Hari ini Malaysiainsider melaporkan bahawa Pemuda Umno Kelantan akan mengetuai kempen untuk merampas balik Kelantan daripada penguasaan PAS dengan ceramah-ceramah mingguan, pameran perumahan dan kerjaya dan kunjungan berterusan untuk menyenarai dan mengumpulkan kekecewaan ke atas parti Islam itu yang telah memimpin selama dua dekad.
Kempen yang dinamakan “gelombang merah gelombang rakyat” ini juga menggunakan cara yang berbeza untuk mendekati para pengundi yang berpotensi seperti penggunaan dokumentari dalam bentuk CD dan persembahan dikir barat untuk mengkritik pentadbiran PAS, yang diketuai Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Pemimpin-pemimpin 12 daripada 14 bahagian di Kelantan berumur 50 tahun ke bawah. Kempen untuk menang balik Kelantan diketuai oleh orang muda, pemimpin-pemimpin akar umbi yang bekerja keras.
“Kami adalah pihak yang anda kemungkinan tidak dengar langsung, tetapi kami bekerja sepanjang masa untuk mendedahkan kesilapan dan kelemahan kerajaan PAS,” kata Ketua Pemuda Umno Pengkalan Chepa Che Othman Che Wil kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual minggu ini.

Comments