Umno makin kuat di Kelantan? 300 masuk PAS

Umno mendakwa mereka makin kuat dan mempunyai peluang cerah untuk merampas kembali dari PAS selepas 21 tahun diperintah oleh PAS. Maka berangan-anganlah pemimpin seperti Mustapha Mohamad dan Awang Adek untuk menjadi Menteri Besar untuk kesekian kalinya. Muka tak tahu malu sudah banyak kali berangan tetapi semuanya jadi Mat Jenin.

Di saat mereka mendakwa Umno makin kuat di Kelantan, 300 ahli mereka menyertai PAS di Tanah Merah. Mereka cuba memainkan taktik lama mengupah ahli dan penyokong mereka mengaku menjadi ahli PAS dan berpura-pura masuk Umno sedangkan semua orang kenal siapa pelakon-pelakon yang mereka upah. Mereka sebenarnya menipu diri mereka sendiri.

Fenomena ini benar-benar menggusarkan pemimpin Umno termasuk Tok Pa dan Tok Dek.


Dalam tempoh seminggu lebih 300 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu di bahagian Tanah Merah.

Ini secara tidak langsung memberi cabaran kepada ketua bahagian, Datuk Ikmal Hisyam Aziz yang sebelum ini mengimpikan laluan mudah di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Bagaimanapun kemenangannya pada pertandingan merebut jawatan ketua bahagian dua tahun lalu dipertikai ahli Umno atas dakwaan cawangannya dianggap tidak sah.
Bekas Setiausaha Umno Tanah Merah, Amran Abdul Rahman sebelum ini membawa  kes tersebut ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun ekoran tindakan itu Amran dilucut keahlian Umno pada 1 Mac 2010.
Ikmal Hisyam bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Amran, malah bekas anggota parlimen Tanah Merah, Datuk Shaari Hassan kini dikatakan berganding bahu dengan abangnya, Datuk Ismail, seorang tokoh korporat menggugatkan kedudukannya.
Kemelut yang tidak sudah berpenghujung dalam Umno di Tanah Merah menyebabkan sebahagian ahli dan penyokong Umno di peringkat akar umbi semakin bosan.
Maka sebahagian daripada mereka mengambil jalan pintas keluar daripada parti itu dan menyertai PAS beramai-ramai. Pada 21 Oktober lalu seramai 160 ahli dan penyokong Umno dari lima kampung di Dun Gual Ipoh keluar daripada parti itu.
Mereka diketuai Rustam Musfafa daripada Cawangan Umno Bukit Kelidang mewakili rakan-rakan menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dan selang tiga hari kemudian seramai 155 lagi bekas ahli Umno di Kampung Bechah Peleting di Dun Bukit Panau diketuai Mohd Saidi Abdul Rahman, 39 mengisytihar secara terbuka menyertai PAS.
Mohd Saidi bekas anggota tentera yang kini berniaga berkata, banyak peristiwa yang berlaku ke atas dirinya membawa beliau mengambil keputusan meninggalkan Umno.
“Kalau sebelum ini kita pernah mendengar di Tanah Merah ada tukang kebun sekolah yang boleh mendesak guru sekolah ditukar kerana kedudukannya dalam Umno di peringkat bahagian.
“Semua perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku kerana Umno mahu mempamerkan kuasa politik mereka. Inilah membuat saya semakin muak dengan Umno,” katanya ketika ditemui selepas menyerah borang menyertai PAS kepada Menteri Besar.
Hadir sama di program ceramah tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Adun Bukit Panau, Abdul Fattah Mahmood.
Beliau juga mendedahkan ketika berkhidmat sebagai anggota tentera pernah diarah pegawai atasan memangkah kertas undi milik anggota tentera lain.
Menurutnya beliau melakukan perkara itu tanpa kerelaan hatinya biar pun tahu menyalahi peraturan SPR.
Bechah Peleting sebelum ini merupakan kubu kuat Umno dan sukar ditembusi PAS. 
Sumber : Harakahdaily.

Comments