Transformasi untuk kabui mata rakyat

Kerajaan BN melaung-laungkan program transformasi mereka menjelang Pilihanraya Umum ke 13. Pelbagai perkara dicadang untuk ditransformasikan antaranya transformasi kerajaan, ekonomi dan politik. Hakikatnya semua itu hanyalah tempelan dan kosmetik semata-mata kerana system dan perlembagaan Negara masih sama.
Apakah transformasi ekonomi yang dijalankan sedangkan amalan kronisme, nepotisme, rasuah dan penyelewengan masih terus berleluasa. Diskriminasi ekonomi terhadap kerajaan negeri-negeri PR masih hebat.
Apa pula transformasi politik yang dijalankan oleh kerajaan sedangkan parti-parti politik bukan BN terus dianaktirikan oleh media. ‘Coverage’ kepada program-program PR hanyalah yang bersifat negative dan menguntungkan BN semata-mata.
Sekarang kerajaan bercakap pula tentang transformasikan politik kononnya untuk menambahbaikan system pilihanraya sedangkan pada sama kecelaruan daftar pemilih, nama pendatang asing dimasukkan sebagai pengundi sah, tekanan terhadap pemimpin dan ahli politik PR terus bertahan. Undang-undang ISA dan Ordinan Darurat yang hendak dimansuhkan akan diganti dengan undang-undang baru yang belum tentu tidak zalim dan adil. Malah mungkin ada klausa-klausa yang ianya lebih hebat dan zalim dari undang-undang terdahulu.
Bagi system pilihanraya jika benar BN ikhlas ingin melaksanakan pembaharuan mereka tidak perlu bersusah payah untuk membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen. Semuanya sudah dicadangkan oleh PAS sejak dahulu lagi ditambah pula dengan 8 cadangan Bersih 2.0.
Rakyat diharapkan tidak terlalu mengharap dengan janji transformasi BN ini kerana sudah banyak kali mereka merancang sesuatu tetapi rancangan itu hanya untuk gula-gula politik dan akhirnya mencari pelbagai alasan untuk menghalalkan pembohongan mereka.

Comments