Tarik balik penggatungan : UIA malukan diri sendiri, Zaleha mesti letak jawatan

pro bari poster uia 241011Universiti Islam Antarabangsa (UIA) memalukan dirinya sendiri apabila menggantung Prof Aziz Bari dan hari ini menarik balik penggantungan tersebut. Tidakkah ini namanya tindakan ala Pak Pandir dan memalukan diri mereka sendiri.

Sehubungan dengan itu saya sekali lagi menyeru UIA memecat Rektornya Zaleha Kamaruddin atau beliau sendiri meletakkan jawatan, itupun kalau beliau mempunyai harga diri.

Media petang tadi melaporkan bahawa UIA menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Tindakan menarik balik penggantungan ini dilihat dibuat berdasarkan penentangan hebat dari pelbagai pihak termasuk pelajar, kakitangan UIA dan rakyat Malaysia. 

Namun bagi saya penarikan balik penggantungan ini tidak cukup kerana Aziz Bari akan terus disiasat dan kemungkinan akan dikenakan tindakan. Sepatutnya penyiasatan itu juga dihentikan dan kes ini ditutup terus.

Comments

Anonymous said…
Lagi wayang kulit BN!! Bukankah Najib nak dtg UIAM !! Dgn harapan boleh 'cool' kan mahasiswa yg nak demo masa dia dtg. Siasatan terus dibuat .. apa maknanya? Ada le tu .. Pesan hamba kpd adik-adik mahasiswa supaya teruskan rancangan anda agar sedunia dapat lihat kematangan dan ketelusan kalian dalam wahana akademik yg rasional utk bebaskan UIAM drp pengemis politik murahan.