Semua Polis dan Tentera TAK LAYAK terima PINGAT BGP Melaka?


Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Haji Adly Zahari  kesal kerana tiada seorang pun polis dan tentera Melaka yang layak menerima Bintang Gagah Perkasa (BGP) sejak tahun 1978 sehingga kini.


Beliau mempersoalkan mengapa mereka tidak dianugerahkan pingat tersebut sedangakn tujuan BGP diujudkan ialah untuk mengenangkan jasa mereka yang gagah berani semasa menjalankan tugas sehingga mempertaruhkan nyawa. 

"Kenapa ini boleh berlaku, adakah tiada seorang pun polis atau tentera Melaka atau Malaysia yang layak untuk menerima bintang tersebut, bukan mereka mempertaruhkan nyawa semasa bertugas""Atau polis dan tentera selama ini memang terabai dan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri Melaka" ujar Adly."Mustahil tiada yang layak semenjak 1978" soal beliau.

Sementara itu Adly menyokong langkah Kerajaan Melaka menganugerahkan Bintang Gagah Perkasa(BGP) kepada Jurugambar Bernama Allahyarham Noramfaizul yang terkorban di Somalia semasa menjalankan tugas baru-baru ini.

"Kita sokong usaha pengiktirafan ini, beliau memang layak menerimanya malah sepatutnya beliau dianugerahkan dengan anugerah yang lebih dari itu"
"Beliau mempertaruhkan nyawa, tidak semua orang berani menjalankan tugas yang mencabar ini, bukan setakat tenaga dan keringat malah nyawa" tambah  Adly juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Comments