RM1 juta untuk Sekolah Harapan, Apakah ianya menyelesaikan masalah?


Peruntukan untuk Sekolah Harapan Melaka yang menempatkan wanita hamil luar nikah ini menelan kos RM1juta setahun dengan permulaan pelajar ketika dibuka adalah seramai 5 orang dan boleh memuatkan maksimum 40 pelajar. Namun, jumlah terkini pelajar tersebut adalah dua kali ganda jumlah maksimum tersebut iaitu seramai 87 orang sehingga setakat ini. Jumlah tersebut sudah cukup membuktikan semakin ramai yang terlibat dalam aktiviti kurang sihat ini.

Kebanyakkan pelajar yang menginap di Sekolah Harapan terdiri daripada mereka yang mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun ini seramai empat orang menduduki peperiksaan PMR dan empat orang bakal menduduki SPM tidak lama lagi pada November ini.

Banyak sekali duit rakyat dihabiskan untuk menanggung wanita hamil luar nikah ini. Banyak benda yang boleh kita buat dengan wang RM1 juta ini. Persoalannya sekarang apakah dengan penubuhan Sekolah Harapan masalah zina, mengandung luar nikah, maksiat dan sebagainya selesai,

Apa pula tindakan kerajaan Melaka untuk mengatasi masalah zina ini?????

Gambar : Penyelia Dun Bukit Baru dalam lawatannya ke Sekolah Harapan baru-baru ini

Comments

Che Awe Donde said…
Salam

Secara positif saya bersetuju dengan pendapat tuan, tapi bukankah kerajaan negeri melaka menubuhkan sekolah harapan bertujuan untuk memberi harapan baru kepada remaja yang telah terlanjur balik ke pangkal jalan.

Cuma satu saya nak tanya di pihak Pas apakah alternatif lain yang boleh Pas sarankan supaya remaja yang terlanjur ini diselamatkan dari segi masa depan dan akhlak mereka.

Pas janganlah saja menunding jari kepada pemerintah. oleh itu carilah dan pergiatkan gerak kerja untuk mendidik remaja-remaja ke arah cara hidup yang lebih islamik dan moderate. Jangan nak tunggu jadi pemerintah baru nak difikirkan dan nak dilaksanakan.

Kadang-kadang saya tengok dan perhatikan pihak pembangkang hanya pandai menyalahkan orang lain sahaja tanpa memberi buah fikiran dan tindakan proaktif kepada pemerintah untuk mengatasi masalah ini.

Wassalam.

Che Awe