Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.
Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.
Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.
Kalau sebelum kita dikejutkan kos bil elektrik dan air Perdana Menteri yang tidak masuk akal kini kita sekali lagi dimaklumkan dengan berita sedih ini di mana pemimpin yang boros seperti ini sewenang-wenangnya membelanjakan duit rakyat berjumlah RM9.1 juta hanya untuk menyewa pesawat untuk bersiar-siar dan bercuti.
Di saat masih ramai rakyat yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang, kadang-kadang makan kadang-kadang tidak makan, tiada rumah tempat berteduh, anak tidak bersekolah kerana tiada duit dan sebagainya Perdana Menteri sanggup membelanjakan duit sebanyak itu dengan selamba sahaja tanpa rasa bersalah.
Inilah bahananya apabila rakyat memilih pemimpin yang tidak bertanggungjawab, boros, tidak bertaqwa dan tidak beramanah dan paling penting tidak takut kepada Allah.
Comments