PENDIDIKAN POLITIK 1 : MENGUNDI SANGAT PENTING

Ramai rakyat di negara kita memandang enteng tentang kewajipan mengundi. Mereka merasakan mengundi bukan perkara penting dan tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka, keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu tidak hairanlah ramai rakyat Malaysia yang tidak mendaftarkan diri mereka sebagai pemilih. Ada yang sudah mendaftar tetapi tidak mahu pergi mengundi.

Mari kita lihat perkara asas mengapa mengundi sangat penting. Saya menggariskan perkara ini dalam bahasa yang mudah, contoh yang senang difahami dan ianya relevan kepada semua kita.

Mengapa mengundi penting?

  • Undi kita akan menentukan siapa calon yang dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau Ahli Parlimen (AP). Adun yang dipilih akan membawa suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri mengambil bahagian dalam penggubalan enakmen kerajaan negeri (undang-undang negeri). Seterusnya Parti yang ramai calon yang menang akan membentuk kerajaan negeri. Begitu juga dengan Ahli Parlimen, parti yang majoriti calonnya menang akan membentuk kerajaan pusat.
  • Jika kerajaan negeri yang dibentuk menggubal undang-undang yang bercanggah dengan Islam seperti membenarkan premis judi, pelacuran dan maksiat lain beroperasi sudah tentu kita yang mengundi parti yang menang itu mendapat "SAHAM' juga. Begitu juga jika dengan kerajaan pusat jika mereka menggubal undang-undang yang bercanggah dengan Islam seperti pemberian lesen judi, lesen arak, pengamalan riba, tidak mencegah mungkar dan sebagainya sudah tentu orang yang mengundi mereka akan mendapat 'SAHAM' juga.
Secara kesimpulannya dalam Islam semua perkara yang kita lakukan akan DIPERTANGGUNGJAWABKAN oleh Allah. Hatta membuang duri ditepi jalan, masuk tandas, akhlaq kepada binatang dan lain-lain semuanya dikira oleh Allah walaupun kerja buat itu sebesar ATOM.

Sebab itu mengundi adalah perkara yang SANGAT BESAR, yang akan dikira oleh Allah. Jangan kita tersilap memilih wakil rakyat dan kerajaan kerana semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan yang kita angkat, SAHAMnya kita rasai bersama.

Comments