Pegang jawatan Umno untuk habuan dunia - Mahathir



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.
Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”
Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ‘duri dalam daging’ iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.
“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.
“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di Jitra semalam.
Memang sah pemimpin Umno hanya mementingkan perut dan bawah perut seperti yang diperakui oleh Mahathir di atas. Mana ada satu pemimpin yang berjuang ikhlas untuk agama, bangsa dan negara semuanya kerana 3 TA iaitu takhta, harta dan wanita.
Sewajarnya rakyat khasnya ahli-ahli Umno perlu memikirkan kembali sokongan dan dokongan mereka kepada Umno keraan Dr Mahathir sendiri mengakui akan busuk dan buruknya Umno.

Comments

suahati said…
Dia cakap macamtu senanglaaaaa semua puak2 dia dah kaya kerana UMNO.....dan yg jadi Ketua bahagian,YB,Senator dan Pak Mneteri takpa leee ada elaun ribu2 dan projek lagi......kami yg jadi ahli biasa ni nak suruh berjuang kerana agama,bangsa dan negara....hakakakak nak tergelak tuuuu
Kalau nak berjuang kerana Agama, Bangsa dan Negara tak perlu jadi ahli2 mana pertubuhan pun boleh che det oooiii....mai dok kampong dengan orang2 susah nie dan pakat2 bangunkan mereka dengan guna idea dan air liur tuuuuuuu.
Baru tau erti perjuangan sebenar .........