PAS lumpuh di BACHOK?

Kalau kita membaca laporan akhbar pencacai Umno, maka sudah pasti PAS sudah lama lumpuh di Kelantan. Gaya bahasa yang digunakan seolah-olah tidak ada lagi orang Kelantan yang menyokong PAS semuanya telah berpaling tadah menyokong Umno/BN.

Hari ini akhbar pencacai tersebut melaporkan bahawa kira-kira 100 orang bekas ahli dan penyokong PAS menyertai parti paling 'mulia' di Malaysia iaitu Umno. Setiap kali orang PAS masuk Umno jumlah mesti tidak kurang dari 100. Jika dikira dari selepas pilihanraya umum 2008 hingga sekarang sudah ribuan ahli dan penyokong PAS masuk parti 'maksum' Umno. Seperti yang selalu saya katakan di Kelantan hanya tinggal Tok Guru Nik Abdul Aziz sahaja ahli PAS yang lain semuanya sudah masuk parti 'maksum' Umno.


akhbar pencacai Umno itu hari ini melaporkan bahawa seramai 100 penyokong Pas di Bachok termasuk tujuh pemimpin cawangan keluar parti dan menyatakan sokongan kepada perjuangan UMNO untuk menerajui kembali pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Mereka menyatakan ikrar tersebut semasa menghadiri sesi penerangan mengenai hala tuju perjuangan UMNO yang disampaikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Bachok dua malam lepas.

Sesi penerangan selama hampir dua jam itu berlangsung di kediaman Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Ilias Hussain di Kampung Teratak Pulai di sini dan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Ketua kumpulan berkenaan, Ismail Abdul Rahman, 63, dari Kampung Panchor, Gunung berkata, 100 bekas ahli dan penyokong Pas yang hadir pada pertemuan itu adalah ketua keluarga yang akan membawa lebih banyak sokongan kepada UMNO pada pilihan raya akan datang.

Bagi saya sepatutnya akhbar pencacai itu melaporkan bilangan tersebut bukan 100 tetapi 1000 orang sebab alang-alang menipu biar betul-betul menipu. Biasalah akhbar pencacai ini perangainya kalau 100 jadi 1000, mereka akan tambah satu lagi angka '0' di belakang. Tetapi kalau yang melibatkan PAS atau PR mereka akan buang angka '0' di belakang 1000 jadi 100 sahaja.

Comments

Anonymous said…
pemimpin pas sudah kaya raya, Islam duk takuk lama, kata UMNO semua tak kena tapi sehingga kini mana program untuk bangun ISLAM. Alih-alih Kota Bharu dah jadi bandaraya kafir cina