PAS dicadangkan supaya hapus cukai/bayaran tidak munasabah & parking tertunggak

Saya mencadangkan kepada PAS Negeri Melaka supaya menghapuskan cukai/bayaran yang dikenakan kepada rakyat Melaka yang tidak munasabah. Antaranya cukai petai, jering dan sebagainya yang dikenakan kepada penjaja selain dari bayaran yang dikenakan ke atas pelbagai barang jualan.

Ada Majlis Kerajaan tempatan yang mengenakan bayaran mengikut jenis barang perniagaan seperti bayaran untuk nasi lemak, kuih muih dan sebagainya.

Selain itu saya mencadangkan agar bayaran parking tertunggak termasuk saman parking dimansuhkan jika PAS dan PR memerintah.

Saya akan menulis beberapa cadangan saya untuk manifesto PAS dan PR.

Comments

Anonymous said…
kami sokong 100%...semua cukai dihapuskan termasuk cukai individu yang amat membebankan khususnya kakitangan swasta.....hanya cukai korporat sahaja yg dikekalkan