Parlimen BUBAR MINGGU DEPAN?

Setelah membentangkan Bajet GULA-GULA untuk rakyat petang kini ramai rakyat khasnya pemerhati politik menjangkakan Najib akan membubarkan Parlimen bila-bila masa. Paling cepat minggu depan.

Mungkin Najib akan mengikut jejak langkah guru yang beliau takuti iaitu Mahathir yang membubarkan Parlimen selepas membentangkan Bajet pada 1999 dengan menjadikan Bajet sebagai bahan kempen utama. Selepas BN mendapat mandat baru maka Bajet baru pula akan dibentangkan kerana Bajet yang dibentang sebelum pilihanraya dikira tidak sah.

Ada kemungkinan juga Najib membubarkan parlimen minggu depan bagi memberikan laluan agar Pilihanraya Umum dijalankan pada bulan November. Secara spesifiknya pada 11.11.11 (11 Nov 2011). Semua boleh dilakukan oleh Najib.

Jika Najib membubarkan parlimen ternyata Najib menipu rakyat dengan menubuhkan jawatankuasa khas parlimen bagi reformasi pilihanraya tetapi suara jawatakuasa itu tidak didengar kerana ia baru hendak memulakan tugas. Namun sebagai seorang yang mabuk kuasa sudah tentu Najib boleh melakukan apa sahaja sebagaimana beliau pernah berkata akan mempertahankan Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.

Kita tunggu dan lihat?????????????????

Comments