Ong Tee Keat sertai PAS?

Saya menjemput bekas Presiden MCA dan Ahli Parlimen Pandan, Dato Seri Ong Tee Keat untuk menyertai PAS setelah beliau kelihatan tidak lagi diterima oleh MCA.

Presiden MCA sekarang begitu lantang menghentam Tee Keat sehari dua ini seolah-olah beliau langsung tidak mempunyai jasa kepada MCA dan BN.

Oleh itu saya mencadangkan Tee Keat menyertai PAS melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang sememangnya menjadi wadah terbaik untuk berjuang membela rakyat. Tidak ada gunanya bersama dengan MCA dan BN yang semua orang tahu tamakkan kuasa, harta dan takhta sehingga sanggup menjadikan kawan mangsa politik mereka.

Saya yakin kepimpinan DHPP pun sudah tentu menyambut baik keputusan Tee Keat jika beliau ingin menyertai PAS yang terkenal dengan slogan PAS FOR ALL. Pemimpin berkarisma dan berwawasan seperti Tee Keat tidak wajar diketepikan begitu sahaja kerana bakat kepimpinan dan kecerdasan beliau amat perlu untuk membela rakyat dan membangun tamadun negara.

Sekali lagi saya jemput Tee Keat untuk bersama dengan PAS. Banyak sekali ruang untuk beliau penuhi jika beliau bersama dengan PAS.


Semalam aktor hebat MCA, Chua Soi Lek menyerang Ong Tee Keat sambil menyifatkan bekas presiden itu sebagai tidak relevan kepada MCA.
Katanya, Ong Tee Keat tidak relevan kepada kami (MCA). Beliau (Tee Keat)  akan kekal sebagai nota kaki dalam sejarah MCA.

Comments