Ada pihak mendakwa nama Barisan Nasional dan lambang Dacing dicadangkan oleh bekas Presiden PAS, Allahyarham Dato Mohd Asri Muda. Benarkah begitu?
Nama Perikatan dan lambang kapal layarnya ditukar kepada Barisan Nasional dan Dacing pada tahun 1974 selepas PAS menyertai gabungan Perikatan atas kemahuan Tun Razak yang merayu supaya menyertai Perikatan berikutan kemalapan Perikatan pada Pilihanraya Umum 1969 sehingga berlakunya Peristiwa 13 Mei.
Presiden PAS ketika itu, Dato Asri menerimanya dan masuk menyertai Perikatan walaupun mendapat tentangan hebat dari pemimpin-pemimpin PAS lain sehingga berlakunya perpecahan hebat dalam PAS.
Saya mengharapkan para pengkaji sejarah supaya mengesahkan fakta dengan hujah dan bukti yang nyata agar faktanya diterima oleh semua orang. Kalau benar Dato Asri yang mencadangkannya maka malulah Barisan Nasional kerana nama dan lambangnya sendiri dicadangkan oleh bekas Presiden PAS.
Mungkin Dato Asri mencadangkan nama Barisan Nasional kerana ianya sesuai dengan zaman moden dan nampak lebih gah dan global berbanding dengan nama Perikatan yang bersifat kuno dan kolot.
Manakala Dacing pula dipilih mungkin kerana dacing melambangkan satu alat yang adil, telus dan membuat pertimbangan yang saksama. Namun Dacing BN sekarang sudah senget tidak seperti dacingnya dahulu.

Comments