Najib-Rosmah TERSILAP LANGKAH

Tindakan Najib-Rosman enggan hadir menjadi saksi di Mahkamah dengan mengenepikan sapina melonjakkan syak wasangka rakyat tentang keterlibatan dua merpati sejoli ini dalam kes Anwar.

Sebenarnya Najib-Rosmah tersilap langkah kerana rakyat masih percaya kepada BERANI KERANI BENAR TAKUT KERANA SALAH. Keengganan mereka berdua hadir di mahkamah untuk disoal peguam kedua-dua belah pihak membuktikan Najib-Rosmah tidak berani menghadapi kebenarang. Sebagai seorang bakal negarawan Najib sepatutnya bersifat 'cool' dan tidak cepat melatah bila berhadapan dengan situasi semacam ini.

Saya yakin jika Najib berani hadir sebagai saksi sudah tentu penerimaan rakyat kepada beliau akan melambung tinggi dan sukar untuk pembangkang untuk memberi tentangan sengit pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Sekarang Najib sudah tersilap langkah kerana memilih untuk lari dari tanggungjawab sebagai saksi.....rakyat makin sangsi dan ragu terhadap beliau.

Najib wajar memecat pembantu-pembantu khas dan sukit di sekeliling beliau yang gagal membaca politik dan kecenderungan rakyat sehingga gagal menasihatkan beliau supaya tampil di mahkamah sebagai saksi. Sebenarnya Najib sudah menolak peluang keemasan untuk membersihkan terus dirinya dari isu konspirasi Anwar. Peluang tersebut ialah bercakap di mahkamah dan mengeluarkan bukti-bukti kukuh di mahkamah.

Najib-Rosmah tersilap langkah!!!!

Comments