Najib dan Menteri Kabinet isytihar harta?

Jika benar Najib beriya-iya mahu melakukan transformasi, perkara pertama yang mesti dilakukan oleh memuhasabah diri sendiri dan kabinetnya. Saya mencadangkan Perdana Menteri dan Timbalannya serta menteri dan timbalan menteri melakukan transformasi dengan memaklumkan bilangan harta masing-masing yang dipunyai diri sendiri, isteri dan ahli keluarga terdekat.

Kabinet India telah mengisytiharkan harta masing-masing tidak lama dahulu. Kabinet Malaysia langsung tidak memberikan reaksi terhadap tindakan terpuji kabinet India.

Persoalannya sekarang beranikah Najib dan kuncu-kuncu mengisytihatkan harta masing-masing. Sepatutnya Najib berani berbuat demikian demi menutup segala prasangka buruk dan tohmah musuhnya.

Apa yang hendak Najib dan menteri kabinet takutkan. Merekakan semuanya Bersih, Cekap dan Amanah dalam menjalankan tugas. Tidak ada apa yang perlu digusarkan kerana harta mereka semunya harta yang 'halal' dan bersih tidak bercampur pun dengan harta syubhah apatah lagi yang haram.

Saya yakin Najib dan menteri-menterinya masing-masing tidak mempunyai harta yang banyak sekadar beberapa buah rumah bungalow jutaan ringgit, beberapa buah kereta mewah, service kereta di bawah pokok sahaja dan sebagainya.

Jadi AYUH NAJIB LAKUKAN TRANSFORMASI DENGAN MEMBERSIHKAN DIRI DAN KABINETNYA DAHULU.

Comments