Mari BERPIKET 3 NOV

Saya menyokong penuh keputusan Pakatan Rakyat  yang akan bersama-sama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam piket besar-besaran serentak di seluruh negara, 3 November depan.


Adalah diharapkan seluruh warga pekerja di Malaysia dan juga rakyat Malaysia yang prihatin, mari sama-sama kita berpiket menyatakan sokongan kepada MTUC.


Ahli-ahli dan penyokong PAS mesti keluar beramai-ramai berpiket bagi memberikan isyarat kepada kerajaan BN bahawa rakyat Malaysia membantah akta baru ini.

Piket tersebut bagi membantah Akta Kerja (Pindaan) 2000 yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

Akta ini membolehkan majikan mengambil pekerja secara kontrak melalui agensi yang dilantik sebagai orang tengah di antara majikan dan pekerja.

Agensi yang membekalkan pekerja secara kontrak akan dilembagakan dan dikitiraf kerajaan.

Bercakap pada sidang media di Pejabat PAS Selangor, dekat sini hari ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS menyokong penuh tindakan MTUC menganjurkan piket tersebut kerana nasib pekerja bawahan semakin tidak terbela apabila semakin banyak pekerja kontrak diambil.

Comments