.

.

25 October 2011

Laporan Ketua Audit Negara : Bukti Umno/BN korup, boros dan keras kepala


Saban tahun Laporan Ketua Audit Negara (KAN)  dikeluarkan dan diumumkan kepada rakyat. Ternyata ianya penuh dengan penyelewengan, rasuah dan data yang meragukan. \

Maknanya duit rakyat hangus begitu sahaja. Selain itu terbuktilah juga bahawa kerajaan yang ada pada hari ini korup, boros dan keras kepala.

Rakyat pula hanya sekadar membaca dan tidak mengambil apa-apa tindakan bagi menghentikan kedurjanaan ini. 

Mengikut laporan terbaru, antara teguran yang dibuat KAN, ia kelakuan agensi kerajaan yang sangat jelas melanggari undang-undang. Sebagai contoh, bangunan tambahan Perpustakaan Negara yang diduduki tanpa sijil CF tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai sebuah agensi kerajaan, mereka mesti tahu peraturan dan risiko menduduki sesebuah bangunan tanpa Sijil Boleh Menduduki (CF).

Demikian juga teguran terhadap banyaknya projek kerajaan diberi melalui runding terus dan ianya jelas suatu tindakan untuk memberi projek kepada kroni dan mereka yang tidak layak menerimanya.

Antara projek runding terus yang merugikan negara ialah pembelian kuda “sakit” oleh Majlis Sukan Negara. Daripada 23 ekor kuda yang dibeli dengan harga RM246,000 seekor, hanya 5 ekor sahaja layak bertanding.

Selain itu, juga dilaporkan kesanggupan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan lebih daripada RM128,000, iaitu lebih 2,810% di dalam pembelian pelbagai jenis peralatan. Antara yang paling menjengkelkan ialah pembelian sebuah binokular pada hargaRM56,350 or 2,805% tinggi daripada harga pasaran RM1,940.

MARA (Majlis Amanah Rakyat) juga tidak kurang hebatnya kerana sanggup membeli ketuhar hampir 300% (RM1,200) lebih tinggi daripada harga pasaran RM419 dan “katil boleh lipat” pada lima kali ganda RM500 yang harga pasarannya RM100. Keborosan sedemikian ini tidak kena pada tempatnya kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah pada warga MARA.

Selain itu, syarikat-syarikat GLC yang ditegur bertahun-tahun juga terus dilanda kerugian. Antara yang mencatat kerugian yang besar adalah Syarikat Perumahan Negara Bhd (RM21.4 juta), Indah Water Konsortium Bhd (RM33.4 juta), Aset Global Network Sdn Bhd (RM41.1 juta), Keretapi Tanah Melayu Berhad (RM92.6 juta), manakala Prasarana Bhd (RM367.1 juta).

Pada skop yang lebih besar, hutang negara meningkat 12.3% kepada RM407.11 billion pada 2010 daripada RM362.39 billion di 2009, dan ini merupakan tahun kedua berturut-turut nisbah hutang negara kepada KDNK melebihi 50% pada 53.1%.

Agaknya sampai bila kerajaan yang ada pada hari ini akan menggunakan kuasa mereka untuk melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Bagi saya sudah sampai masanya, RAKYAT BANGKIT MENOLAK KERAJAAN YANG ADA PADA PILIHANRAYA UMUM 13 akan datang.

Jangan kita beri peluang lagi kepada mereka untuk meng'songlap' duit rakyat tanpa rasa bersalah.

Sumber : Kenyataan Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Harakahdaily

2 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter