Laporan Audit : Apa terjadi dengan laporan Polis tahun-tahun lepas?

Saban tahun Ketua Audit Negara membentangkan laporannya kepada umum. Maka saban tahun jugalah kita melihat koleksi penyelewengan, pembaziran dan penyalahgunaan kuasa dilakukan sewenang-weanngnya oleh kerajaan dan agensi-agensinya.

Pentadbiran kewangan negeri Melaka juga tidak terlepas dari keraguan ini. Antaranya laporan tentang pentadbiran wang zakat yang jelas bercelaru dan ada unsur-unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Malangnya laporan Polis dan laporan kepada SPRM hanya menjadi 'sampah' di dalam pejabat kedua-dua agensi tersebut. Sehingga ini tiada tindakan yang dibuat, samada ianya disiasat atau tidak pula dapat dipastikan.

Yang pasti SPRM Melaka menyatakan bahawa isu wang zakat ini tiada kes dan meminta PAS Melaka menyiasat sendiri. Satu jawapan yang sangat tidak bertanggungjawab.

Kini laporan baru Ketua Audit Negara dikeluarkan dan kita melihat kepincangan dan penyelewengan terus dilaporkan. Tidak ada perubahan dan penambahbaikan dilakukan ke atas sistem pentadbiran kewangan di pusat dan negeri. Namun kita berasa sangsi untuk membuat laporan kerana laporan lama pun sudah 'busuk' dan 'berulat' tidak disentuh atau diambil tindakan oleh pihak berwajib.

Saya bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Operasi DAP Selangor, Lau Weng San yang mengatakan bahawa kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa mereka akan membuka fail bagi menyiasat 36 kes salah laku yang melibatkan perolehan dibuat oleh agensi-agensi dan jabatan-jabatan kerajaan merupakan retorik yang tidak bermakna.
Lau  berkata, ini adalah kerana SPRM sehingga sekarang masih belum menyelesaikan kes-kes salah laku yang berpunca daripada perolehan jabatan-jabatan kerajaan dengan harga yang jauh lebih tinggi (inflated price) pada tahun 2006.
Katanya, antara kepincangan yang dilaporkan pada masa itu termasuk pembelian satu set pen yang berharga RM160 dengan harga RM1,146, iaitu RM986 lebih mahal daripada harga pasaran.
Selain itu, ujarnya Kementerian Belia dan Sukan dikatakan membuat salah laku apabila membeli sebuah jek kereta yang berharga RM50 dengan harga yang melampung tinggi, iaitu RM1,664.

Comments