Keganasan Bersih 2.0 : Hishamuddin layak menangi RAJA LAWAK

home minister and igp in parliament 051011 hishammuddin hussein and ismail omar story imageRaja Lawak, Hishamuddin Hussein memang layak dengan gelaran itu. Walaupun pelbagai bukti ditunjukkan di depan mata Raja Lawak masih mahu meneruskan lawaknya.


Hari ini Hisham berkata hanya seorang anggota polis telah dikenalpasti melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu.

Beliau dan Ketua Polis Negara Tan Ismail Omar mengesahkan tindakan tatatertib akan diambil ke atas anggota itu tidak lama lama lagi.

Namun, menurut Hishammuddin, kejadian berkenaan telah diperbesar-besarkan dan polis tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya terhadap situasi semasa perhimpunan menuntut reformasi pilihan raya itu.

Katanya kejadian di Hospital Tung Shin itu adalah hanya "satu daripada enam atau tujuh" kesilapan.

Dalam laporan siasatannya yang didedahkan semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.



Saya mencadangkan Hishamuddin menyertai pertandingan Raja Lawak berikutnya jika ianya diadakan sekali lagi. Sudah tentu beliau akan menang bukannya Raja Lawak, Maharaja Lawak pun layak digondolnya.

Comments

Anonymous said…
Sebelum dinobatkan jadi Raja Lawak,mesti letak jawatan dulu,baru boleh jadi pelawak profesional.Raja Lawak mesti ada pembantunya.Dicadangkan IGP dinobatkan jadi Asst.Raja Lawak.