Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuh, tapi BN tak janji mahu laksanakan pembaharuan

Semalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk pembaharuan Sistem Pilihanraya telah diluluskan pada Persidangan Parlimen. Maka gegak gempita kerajaan mencanangkan kepada rakyat bahawa BN komited untuk melaksanakan pembaharuan kepada system pilihanraya sekarang. Maknanya system dahulu tidak telus dan member kelebihan kepada BN.

Namun satu isu yang tidak dapat diberi jaminan oleh kerajaan ialah Pilihanraya Umum ke 13 boleh diadakan bila-bila masa tidak semestinya selepas cadangan pembaharuan Jawatankuasa Khas Parlimen dilaksanakan.

Apa maknanya jawatankuasa ini ditubuhkan jika segala cadangan mereka tidak digunapakai pada PRU 13 ini. Semua ini sudah tentu membazirkan wang rakyat. Lebih baik ianya tidak ditubuhkan kerana sudah terbukti ianya hanyalah retorik politik BN yang mahu menunjukkan mereka mahu melakukan perubahan padahal ianya merupakan strategi politik sementara mereka untuk mengaut undi dan simpati rakyat.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat sedar akan perkara ini. Tetapi bagi menunjukkan PR komited untuk menyokong pembaharuan sistem pilihanraya PR sanggup duduk semeja dengan Ahli Parlimen BN walaupun mereka tahu tidak semestinya cadangan mereka nanti dilaksanakan oleh BN, malah kemungkinan besar cadangan dan proposal itu akan ditolak di peringkat jawatankuasa itu.

Comments