Isu cincin : Rakyat Malaysia mesti MINTA MAAF PADA ROSMAH

Rakyat Malaysia mesti minta maaf kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor kerana mengaitkan beliau dengan cincin berharga RM24 juta. Jumlah itu tidak betul.

Kita mesti minta maaf padanya. Mungkin ia mengguriskan hati orang kesayangan Perdana Menteri yang juga 'First Lady' Malaysia ini.

Jumlah RM24juta itu tidak betul. Kita mesti MINTA MAAF. Jumlah yang betul ialah RM72juta bukan RM24juta. Angka 24 juta itu ialah dalam matawang USD. Rakyat mesti maaf kerana menuduh harganya hanya RM24 juta sedangkan harga sebenar ialah RM72juta.

Rakyat merendah-rendahkan tuan punya cincin tersebut (Tiada siapa yang mengaku menjadi Tuan Punya cincin). Sedangkan harga sebenar ialah RM72juta atau lebih kurang USD24juta. Jangan pandang lekeh kepada tuan punya cincin kerana beliau beli cincin dengan harga RM72juta bukan RM24 juta.

Syabas kepada tuanpunya cincin kerana mampu beli cincin dengan harga RM72juta bukan RM24juta. Kalau cincinnya berharga RM72juta bukan RM24juta agak-agaknya berapa harga seluar dalam, baju, seluar dan sebagainya. Tentulah berlipat-lipat ganda lagi.

Apapun saya juga minta maaf sebab merendah-rendahkan tuan punya cincin dengan menulis bahawa harganya RM24juta sahaja sedangkan harga sebenarnya ialah RM72juta.

Syabas kepada tuan punya cincin yang sampai sekarang tidak ada orang yang mengaku menjadi pemiliknya. Mungkin cincin tersebut boleh menulis sendiri borang penghantaran, borang kastam dan sebagainya sehingga boleh dihantar ke Malaysia.

Comments