DAP dan PAS tiada masalah.......BOLA DIKAKI UMNO/BN


DAP tidak ada sebarang masalah dengan PAS dalam kebanyakan isu besar kecuali soal hukum hudud, kata Pengerusinya Karpal Singh hari ini.
“Kami tiada apa-apa (sebab) untuk menentang PAS. Dalam isu-isu besar, kami memiliki pendirian yang sama.
“Tetapi kami mendapati pendirian PAS tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau pada satu sidang media di George Town hari ini.
Karpal juga berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bahawa parti itu telah bersetuju pada dasarnya dalam soal pelaksanaan undang-undang hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu masing-masing pada 1999 dan 2003.
“Kami tidak bersetuju pada dasarnya berhubung perundangan (hudud),” kata beliau dipetik Star Online hari ini.
Karpal berkata pemimpin-pemimpin DAP telah membuat pendirian yang jelas pada satu mesyuarat Pakatan Rakyat Rabu lalu bahawa hukum hudud tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan.
Itu pendirian Karpal yang jelas, ikhlas dan terus terang. Tidak seperti Umno yang mengaku Islam tetapi tidak mahu memberikan laluan kepada PAS untuk melaksanakan hudud. Dari apa yang diperkatakan oleh Karpal, DAP tidak bersetuju dengan hudud bukan kerana DAP anti Islam tetapi penentangannya adalah kerana undang-undang tersebut berlawanan dengan perlembagaan persekutuan. Jadi bola di kaki Umno/BN sekarang samada ingin meminda perlembagaan untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang syariah ini ataupun terus menentangnya dengan tidak meminda perlembagaan. Umno/BN mempunyai majoriti di Parlimen dan menjadi tanggungjawab mereka untuk meminda perlembagaan bagi memboleh enakmen jenayah syariah negeri Kelantan dan Terengganu dikuatkuasakan.
Bola di KAKI UMNO/BN sekarang.
Sumber : Malaysiainsider

Comments