Dewan Pemuda PAS Bukit Katil membantah tindakan Kerajaan Negeri Melaka mengenakan Caj Warisan 5 % kepada pelancong yang menginap di premis penginapan bermula dari 1 September 2011 adalah dipersoalkan, memandangkan kos penginapan yang sedia ada telah merangkumi caj perkhidmatan oleh pengusaha premis penginapan.
Ketuanya, Jauhar Md Dawi berkata Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ) menggesa Kerajaan Negeri Melaka supaya keputusan tersebut dikaji dengan sedalam-dalamnya bagi mengelakkan penurunan kadar kedatangan pelancong ke negeri Melaka akibat daripada tindakan tersebut.
"DPPKBK bimbang berikutan dengan tambahan caj tersebut maka pelancong akan merasakan beban yang tidak munasabah lalu beralih arah haluan melancong ke tempat lain.:
"Kerajaan Negeri harus memikirkan cara yang lebih sesuai untuk mencari dana bagi menjalankan aktiviti penyelenggaraan dan promosi pelancongan seperti dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah tanpa sebarang pembaziran sepertimana yang telah berlaku baru - baru ini berikutan pembelian tender nombor pendaftaran kereta kerajaan negeri yang melibatkan wang berjumlah RM 317,000."
"Antara projek pembaziran yang lain adalah projek Pulau Melaka dan projek Eye On Malaysia yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Berjuta-juta ringgit duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Datuk Ali Rustam." ujar Jauhar
Beliau berkata dengan duit yang sebanyak itu pelbagai projek pengindahan, pemeliharaan dan keceriaan dapat dilakukan tanpa mengenakan caj tambahan kepada pelancong yang sememangnya telah menyumbang kepada ekonomi negeri Melaka selama ini.
Menurutnya, DPPKBK dengan ini mendesak agar caj ini tidak dikenakan kepada pelancong-pelancong yang datang melancong dan menginap di negeri Melaka.
Kenyataanya dipetik dari blog rasmi DPPBK hari ini.

Comments