Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menggerakkan Bersih 3.0 tidak lama lagi. Ini kerana semua 8 tuntutan Bersih tidak dilayan oleh Kerajaan Malaysia dan SPR.
Oleh itu tidak ada pilihan lain, Bersih 3.0 mesti digerakkan bagi menggesa kerajaan dan SPR melaksanakan 8 tuntutan tersebut.
Himpunan tersebut akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, barisan kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Keadilan dan DAP dari Pakatan Rakyat.
Saya menyokong penuh perancangan dan gerakerja pemuda bagi menggerakkan Bersih 3.0 dan himpunan membantah JPN ini. Sesungguhnya kerajaan, SPR dan JPN menjadi dalang kepada pilihanraya yang tidak bersih dan tidak beramanah.
Comments