Benarkah Umno SERIUS benteras MURTAD?


PAS sudah tiga kali membawa undang undang persendirian di Parlimen sejak 1990 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk mengawal murtad.
Malangnya usul yang memerlukan cadangan daripada anggota kabinet tidak diangkat walaupun sidang Parlimen habis.
Tidak ada seorang pun menteri Umno dan Ahli Parlimen Umno menyokong Presiden PAS yang membentangkan undang-undang persendirian tersebut.

Kini Umno cuba berlagak kononnya merekalah juara yang mempertahankan umat Islam dari murtad. Mereka menempelak PAS yang tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat di Shah Alam 2 hari lepas. Persoalannya kalau mereka benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan akidah umat Islam mengapa menteri dan Ahli Parlimen mereka tidak menyokong undang-undang persendirian yang dibawa oleh PAS selama ini.
Apakah mereka mahu menggubal undang-undang murtad di dalam stadium bukan di Parlimen. Janganlah Umno cuba berlakon dalam isu ini. Rakyat sangat kenal dengan Umno yang membisu dalam isu Norasiah Bokhari, Natrah. Lina Joy dan kenyataan mufti Perak 250,000 umat Islam murtad.

Comments