Bajet 2012 : Sekolah Agama Rakyat TERUS DIPINGGIRKAN

Kerajaan BN terus memandangkan serong dan meminggirkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) apabila tidak memasukkan sebarang peruntukan untuk SAR dalam Bajet 2012 yang dibentangkan semalam. Sedangkan Sekolah Jenis Kebangsaan mendapat bantuan ratusan juta.

Nampaknya Najib benar-benar benci dan terus mengikut jejak langkah Mentor yang ditakuti beliau iaitu Tun Mahathir. Di zaman Mahathirlah bantuan kepada SAR dihapuskan sehingga berpuluh-puluh SAR mati kalaupun hidup hanyalah nyawa-nyawa ikan.

Rakyat peka kepada isu ini supaya mereka sedar bahawa Umno memang tidak mahu pendidikan agama berkembang sehingga SAR dipandang sebelah mata sahaja.

Comments

Anonymous said…
Bajet 2012 tak memuaskan bagi pesara.Macam "Habis manis,sepah dibuang".Kenaikan 2% tu macam tak ada aje.Potongan 50% untuk tambang LRT dan Monorail - bagai mana dengan pesara diluar Lembah Klang yang tak ada LRT dan Monorail?Betul-betul hampeh!!!