Bajet 2012 : Kos sara hidup terus meningkat tiada PENURUNAN HARGA BARANG

Rakyat diharap tidak termakan dengan pancing Bajet 2012 kerana sebenarnya rakyat akan terus dibebankan kos sara hidup tahun depan terutamanya mereka yang bekerja sendiri dan swasta khususnya mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500.00

Apa yang penting Najib tidak mengumumkan peningkatan subsidi kepada barangan makanan dan minyak yang memungkinkan harganya turun. Ini bermakna kerajaan sudah pasti tidak akan menurunkan harga barangan tersebut. Malah ianya mungkin akan terus naik, tidak ada jaminan barangan tersebut tidak naik.

Najib menyebut bahawa kerajaan BN telah mengamalkan konsep Negara Berkebajikan dengan menyenaraikan subsidi yang diberikan kerajaan kepada rakyat seperti subsidi harga gula, minyak masak, minyak dan sebagainya. Tetapi pada masa yang sama beliau tidak pula menyebut untuk menurunkan harga barangan tersebut.

Selagi harba barangan tersebut tidak diturunkan sudah pasti rakyat akan terus terbeban dan sengsara.

Comments