Bajet 2012 : Bajet Pilihanraya

Najib sedang membentangkan Bajet 2012 yang boleh disifatkan sebagai Bajet Pilihanraya.

Antara yang diumumkan oleh Najib ialah :


  • kenaikan gaji bagi penjawat awam dan juga nikmat yang sama dirasai oleh bilangan pesara.
  • Umur bersara juga dinaikkan dari 58 kepada 60 tahun.
  • 5,000 peluang kepada penjawat awam untuk menlanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda dan Sarjana dan 500 untuk PhD. Semuanya ditanggung oleh kerajaan
  • 4,300 orang bekas pekerja kontrak Kemas dan Jasa yang menamatkan kontraknya dibayar RM3,000 sekaligus.
  • Peruntukan RM220 juta untuk fasiliti PDRM dan RM420 juta untuk prasarana anggota PDRM
  • Peruntukan RM500juta untuk naikrataf kem dan penempatan ATM
  • Program latihan khusus untuk anggota ATM bersara tanpa pencen (menamatkan perkhidmatan kurang dari 21 tahun) dengan belanja RM50 juta.
  • Sumbangan kepada setiap 62,000 orang Home Guard dan semua anggota semua Polis bantuan dan sebagainya dengan jumlah RM3,000.00 secara sekaligus.
  • Najib mendakwa kerajaan BN mengamalkan konsep Negara Berkebajikan dengan menyenaraikan subsidi kerajaan dalam makanan seperti gula, minyak masak, gas memasak serta minyak petrol.
  • Pemberian subsidi bil elektrik sebanyak RM30.00 diteruskan.................................

Comments