Ada perkara disembunyikan dalam Laporan Ketua Audit Negara?

Sekali lagi Laporan tahunan Ketua Audit Negara (KAN) mendedahkan penyelewengan, kepincangan, keborosan dan keraguan dalam sistem pentadbiran khususnya berkaitan kewangan.

Mungkinkah ada bukti-bukti lain yang lebih besar disembunyikan dari pengetahuan umum.Ini kerana Laporan ini terlebih dahulu diserahkan kepada kabinet sebelum didedahkan kepada Parlimen dan umum.

Sedangkan menurut perlembagaan Malaysia Perkara 107 Perlembagaan Persekutuan menyebut LKAN perlu disediakan oleh ketua audit negara dan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

"Perkara ini salah dan saya percaya boleh dibawa ke mahkamah. Dalam perlembagaan, di mana ada kabinet disebut (terlibat)? Lagi pun, kabinet sebahagian daripada player," kata Professor Abdul Aziz Bari

"Secara logiknya juga, kalau bentang pada kabinet, buat apa perlu ada (jawatan) ketua audit negara."

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang pada 21 Oktober lalu menjelaskan, sejak 1982, LKAN dimaklumkan kepada kabinet sebelum dibentangkan supaya kerajaan dapat mengetahui isu yang dibangkitkan dan bersedia memberi penjelasan apabila diperlukan.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat baru-baru ini mempersoalkan ketiadaan laporan itu semasa pembentangan Belanjawan 2012, antaranya anggota parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong yang mahu perdana menteri menjelaskan kelewatan itu.

Comments

azmie said…
tak payah tengok jauh, baca intisari laporan aktiviti kementrian/jabatan boleh dpt idea dah berapa byk kelentong ameno: projek basmi kemiskinan fail, pesawah belum dibayar bejuta lagi, projek bangunan kerajaan tebengkalai, lewat, tidak ikut spec. semua ada. orang yg tak kuat menyumpah je yg patut baca report ni