Wang Zakat : Majlis Agama N.Sembilan contohi Melaka bina bangunan, APA MANFAAT pada si MISKIN?

Kalau sebelum ini Majlis Agama Islam Melaka (Maim) membina bangunan tinggi kini Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) pula mencontohinya dengan merancang untuk membina bangunan MAINS 15 tingkat.

SPRM dalam jawapannya kepada Pesuruhjaya Melaka menyatakan bangunan Maim yang telah lama siap itu dibina dengan wang lebihan zakat. Jika benar dakwaan SPRM maka sahlah bahawa Maim menyelewengkan wang zakat kerana membina bangunan tidak termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat.

Kini Mains pula menuruti jejak langkah Maim untuk membina bangunan. 

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa PAS Negeri Sembilan akan menggerakkan jenteranya untuk membantah tindakan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) yang bercadang untuk membina menara 15 tingkat kerana ia bukan keperluan umat Islam sekarang.

"Umat Islam di negeri ini sekarang memerlukan bantuan Mains untuk membebaskan golongan asnaf penerima zakat dan bukannya menara yang tinggi," kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani.

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Kamal Amran Kamarudin mengumumkan Mains akan membina sebuah menara 15 tingkat yang akan dikenali sebagai sebagai Kompleks Mains bertujuan akan memusatkan pengurusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan di bawah satu bumbung.

Bagi Taufek, golongan asnaf (orang yang layak menerima zakat) sangat memerlukan bantuan dari Mains untuk menerukan kehidupan mereka.Menurut Taufek, beliau pernah membawa isu ini di DUN Negeri Sembilan namun Menteri Besar menjelaskan, wang yang akan digunakan bukan wanag zakat tetapi wang keuntungan dari projek yang dibuat oleh Mains.

Otak pemimpin Umno ini tidak kira Melaka atau Negeri Sembilan sama sahaja, yang penting projek. Wang Majlis Agama Islam yang sepatutnya digunakan untuk membantu umat Islam yang memerlukan sanggup digunakan untuk tujuan yang tidak memberikan manfaat kepada umat Islam yang amat memerlukannya.

Comments

Anonymous said…
Pembinaan Bangunan MAINS tidak menggunakan wang zakat. Ianya menggunakan wang pinjaman daripada BIMB sebanyak RM52juta.
Anonymous said…
Pembinaan Bangunan MAINS tidak menggunakan wang zakat seperti yang diberitahu di atas. Ianya menggunakan wang pinjaman daripada Bank Islam sebanyak RM52 juta. Sila rujuk http://n9kini.com/kompleks-mains-tunjang-keislaman-di-negeri-sembilan/. Harap maklum.