Umno terus mengamalkan iktikad "Politik Tidak Ada dalam Islam'?

Setiap kali penceramah atau Khatib membaca khutbah menyentuh isu-isu semasa seperti kewajipan mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh sesiapa sahaja contohnya pemerintah; kewajipan melaksanakan hukum hudud; kewajipan melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia; Tidak menyokong kerajaan yang zalim dan menggalakkan maksiat; menjauhi pemimpin rasuah dan membazir serta lain-lain.....akan anda jemaah masjid atau AJK Masjid yang bising dan membuat bantahan kononnya ceramah dan khutbah untuk menyentuh politik kepartian. Sedangkan apa yang diutarakan oleh Ustaz dan khatib itu adalah ajaran Islam yang asas yang mesti dipatuhi oleh umat Islam. Namun oleh kerana ianya tidak sebulu dengan Umno/BN yang memerintah maka mereka menuduh ianya adalah politik.

Bagi saya kalau ia politik adakah ia haram dan tiada dalam Islam. Sedangkan nabi sendiri berpolitik dan menjadi Ketua Negara Madinah. Nabi bermesyuarat dan menjalankan semua urusan pentadbiran di masjid.

Tetapi hari ini terbalik. Semua urusan politik dan hukum-hukum agama yang berkaitan politik tidak boleh dan diharamkan dari dibincangkan dan diajarkan di Masjid. Semua ini gara-gara brainwash dari penjajah kepada pemerintah yang ada sekarang yang takut kuasa mereka tergugat jika rakyat fahama politik Islam.

Terbukti Umno/BN masih mengamalkan iktikad politik suku agama suku atau politik tiada kena mengena dengan Islam.

Malangnya pada masa yang sama merekalah yang mengotori masjid dengan politik sempit apabila melantik semua AJK masjid dari kalangan penyokong Umno dan pimpinan Umno walaupun ada antara mereka yang tidak layak. Jabatan Agama khasnya di Melaka ini akan menamakan AJK masjid dengan nasihat dari Umno.

Inilah yang menyebabkan perpecahan dalam masyarakat di mana anak kariah tidak setuju dengan perlantikan sesetengah AJK masjid yang mereka kenal siapa AJK tersebut.

Comments

1 Malaysia said…
Salah siapa? Bukankah Melayu terlampau mengutamakan Melayu lebih daripada agama, inilah padahnya. Rukun Iman pun dah tinggal rukun sahaja, tiada penghayatan. Janji Allah swt bahawa barang siapa memilih jalan yang selain dari jalanNya, mereka itu akan diaibkan di dunia, apatah lagi di akhirat.
Sedarkah orang Melayu bahawa memang puak musuh Islam sengaja mengajar agar umat Islam dijauhkan dari masjid? Kerana musuh Islam sedar bahawa masjid itu adalah kekuatan bagi orang Islam. Jadi adakah UMNO itu sahabat atau musuh Islam? Tepuk dada tanya iman.