Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno terus berpolitik dengan cara politik tahun 60-an.
"Siapa buat jalan raya....Umno siapa buat bangunan ...Umno" itulah cara kempen Umno sampai sekarang".
"Sedangkan sekarang pemikiran rakyat sudah berubah, Umno masih tidak berubah, rakyat sekarang akan bertaya berapa kos buat jalan, berapa kos buat bangunan, jika harganya melambung tinggi dari harga sebenarnya mereka akan bertanya adakah berlaku rasuah atau penyelewengan, itu rakyat sekarang bukan macam Umno yang masih berfikiran macam tahun 60-an" kata Mohamad Sabu yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu atau Bang Mat.
Mohamad berkata rakyat sekarang terdedah kepada media baru iaitu Blog, Facebook, Twitter dan sebagainya, namun Umno/BN masih menggunakan media cetak dan TV untuk mempengaruhi rakyat.
"Rakyat dah meluat baca Utusan, tengok TV1,2 dan 3 semuanya menipu dan membelit" ujar Mohamad.
Umno, katanya tidak mengambil pengajaran kejatuhan kerajaan Hosni Mubarak di Mesir, walaupun media ditutup dan disekat tetapi generasi anak-anak mendapat maklumat alternatif dari media baru ini.
Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Melaka malam tadi. Turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari.

Comments