TARIK BALIK 24 JAM : Jika tidak saya akan SAMAN - Mat Sabu

"Fitnah ini terlalu berat, sehingga ada ancaman yang terpaksa saya lalui pagi ini" kata Tuan Haji Mohammad Sabu.

Mohammad Sabu memberi masa 24 jam kepada Utusan Malaysia supaya menarik balik artikel yang disiarkan oleh akhbar itu pada 27 Ogos lalu.

Menurut Mohammad Sabu beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman.

Selain dari saman terhadap Utusan, Peguam beliau Hanipa Maidin juga menyatakan bahawa 2 lagi pihak yang akan disaman ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Reezal Marican.

Comments