Suhaizan akan dedahkan 10 kad pengenalan palsu setiap hari

Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat berkata beliau akan mengeluarkan setiap hari sepuluh kad pengenalan palsu sehingga satu jawatankuasa siasatan di buat oleh pihak kerajaan. 


Beliau berkata demikian yang saya petik dari laman Facebook beliau hari ini.

Cadangan dan tindakan beliau saya sokong penuh bagi membuktikan kepada rakyat betapa dahsyat kedurjanaan yang dilakukan oleh pihak-pihak terbabit yang sanggup menggadaikan keselamatan dan kedaulatan negara demi kuasa dan pangkat mereka.

Tindakan mengeluarkan kad pengenalan palsu ini adalah tindakan yang amat bahaya dan mengancam keselamatan negara. Namun sehingga kini tiada siasatan dibuat walaupun pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh PAS dan PR.

Comments