SPR tidak cerdik ditipu oleh Penolong Pendaftar

Kali ini SPR memberikan alasan dengan menyatakan Penolong Pendaftarnya pula yang salah. Tak cerdik sungguh SPR ini sehingga Penolong Pendaftar pun boleh tipu mereka.


Media semalam menyiarkan jawapan SPR tentang dakwaan DAP bahawa ada pengundi yang didaftarkan berdasarkan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan penolong pendaftar supaya berhati-hati sewaktu menjalankan tugas.

Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) berkata kesilapan tersebut kemungkinan kerana kesilapan pegawai tentera yang dilantik sebagai penolong pendaftar.

NONEBeliau mengulas dakwaan ketua Pemuda DAP Anthony Loke semalam bahawa sekurang-kurangnya 21 pengundi pos dikesan didaftarkan berdasarkan kad pengenalan pasangan mereka yang berkhidmat sebagai tentera.

Berita Harian
 hari ini melaporkan Wan Ahmad mengingatkan penolong pendaftar supaya "lebih serius dan berhati-hati" menyemak maklumat peribadi pemilih khususnya nama dan nombor kad pengenalan sebelum dikemukakan kepada SPR.

Katanya, kesilapan merekodkan maklumat peribadi pemilih akan memberi kesan tidak baik kepada suruhanjaya tersebut, yang sering menjadi sasaran kritikan pembangkang.



Jelas sekali SPR tidak mahu bertanggungjawan di atas juga keceliruan dan manipulasi dalam daftar pemilih. Sekali lagi saya ingin tegaskan supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan kerana betimbun-timbun kecelaruan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.

Comments