Seorang lagi pemegang PhD patut ditarik ijazah kedoktorannya


Malaysia akan berada dalam 'zon bahaya' sekali gus menjadi sebuah negara tidak beridentiti sekiranya rakyat memberi mandat kepada pembangkang untuk memerintah negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia berikutan kenyataan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menegaskan pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelasnya, dengan kenyataan itu, maka tidak hairan selepas dibenarkan memerintah, mereka akan bertindak menukar lagu Negaraku termasuk merobohkan Parlimen kerana dikatakan mirip Barisan Nasional (BN).


Bercakap bagaikan JKKK kampung walaupun ada PhD. Sungguh memalu dan memualkan. Bagaimana seorang yang terpelajar boleh bercakap sedemikian.

Pimpinan tertinggi PR sendiri sudah mengeluarkan kenyataan bahawa PR tidak akan menukar bendera Malaysia tetapi matlamat PR ialah untuk menukarkan kerajaan Malaysia yang ada sekarang kepada kerajaan yang lebih telus, bersih, beramanah dan adil.

Jelas sekali pemegang PhD ini tidak dapat membezakan kenyataan pimpinan Parti dan keputusan parti dengan kenyataan Adun yang tidak mempunyai kedudukan yang tinggi dalam parti. Pandangan Adun itu adalah pandangan peribadi yang bukannya pandangan dan keputusan parti.

Comments